Tazkirah Jumaat

HADITH DAN FALSAFAH

MAKAN MAKANAN YANG BAIK

Makanan penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tetapi bukan semua makanan boleh dimakan walaupun pada dasarnya setiap isi alam adalah makanan manusia. Hanya yang baik dan halal saja boleh dimakan. Islam selalu mengingatkan golongan muslimin dan muslimat agar beringat-ingat mengenai aspek makanan. Ini kerana jika mereka terlupa, mereka akan jadi seperti syaitan, yang merupakan seteru manusia yang paling dahsyat.

Firman Allah,

”Hai manuasia, makanlah apa-apa sahaja ynag ada dibumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu”. ( al-Baqarah: 168 )

Categories: tazkirah

Tazkirah

SETIA ISTERI KEPADA SUAMI

Salman al-Farisi menceritakan pada suatu hari puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra pergi kerumah bapanya dengan wajah pucat dan menangis. Dia kemudian bercerita kepada bapanya, ”Ayah, semalam saya dan Ali bergurau dan bercakap-cakap. Tiba-tiba terkeluar kata-kata yang membuatkan dia marah. Saya sedih, menyesal dan merayu meminta maaf dengannya. Saya mengelilinginya sebanyak 70 kali sehingga dia reda dan tersenyum semula. Saya takut kemurkaan Tuhan,”

Rasulullah menjawab, ”anakku, demi ALLAH, sekiranya engkau meninggal dunia sebelum Ali memaafkanmu, aku tidak akan menyembahyangkan jenazah kamu.”

BAGINDA BERSABDA LAGI,

”tidakkah engkau mengerti bahawa kerelaan dan keredaan suami adalah keredaan ALLAH ? Marahnya juga marah ALLAH. Perempuan yang beribadat, jika tidak diredai suami, ibadatnya tidak akan diterima ALLAH.”

SAMBUNG BAGINDA LAGI,

”anakku, sebaik-baiknya amalan wanita ialah mentaati suami dan tiada pekerjaan yang lebih afdal bagi mereka selain duduk menjahit pakaian suaminya. Orang yang menjahit pakaian untuk suami dan anaknya, akan masuk syurga dan diberikan ALLAH sebuah kota di syurga sebanyaknya bilangan pakaian yang dipakai suami hasil usahanya itu”.

Categories: tazkirah

Tazkirah

April 30, 2010 Tinggalkan komen

HADITH & FALSAFAH

Setiap anggota tubuh manusia ada peranan masing-masing. Setiap anggota itu adalah nikmat ALLAH. Justeru kita perlu bersyukur dengan nikmat tersebut dan gunakan ia sebaik mungkin.

Firman ALLAH,

”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti ALLAH akan menambahkan(nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari(nikmat yang Allah berikan), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. ( Surah Ibrahim: 7 )

Tuhuh anggota berkenaan ada peranannya masing-masing :

  1. Mata untuk membaca al-Quran dan melihat perkara yang baik yang tidak berunsur maksiat.
  2. Telinga untuk mendengar sesuatu yang baik.
  3. Lidah untuk membanyakkan zikir, pujian kepada Allah, menghindari nista, umpat dan kejian.
  4. Tangan untuk digunakan ke arah kebaikan diri dan orang lain, bukan perkara haram.
  5. Kaki untuk berjalan ke tempat yang baik, bukan ke tempat maksiat.
  6. Perut untuk diisi dengan makanan halal, tidak berlebihan sebaliknya makanan untuk menguatkan tubuh bagi memudahkan beribadat.
  7. Kemaluan untuk digunakan ke jalan diredai Allah dan hindari zina atau rogol.
Categories: tazkirah

Doa Hindari Kecurian / Kebakaran / Musuh

April 22, 2010 Tinggalkan komen

Categories: info

Tazkirah Jumaat

April 16, 2010 Tinggalkan komen

KENALI PERANGAI MANUSIA

Suatu hari, ahli sufi

Luqman al-Hakim berdialog dengan anaknya mengenai sebaik-baiknya perangai manusia.

Anak : Apakah sebaik-baiknya perangai mausia?

Luqman : Agama.

Anak : Kalau perangai itu ada dua, bagaimana?

Luqman : Agama dan harta.

Anak : Kalau tiga?

Luqman : Agama, harta dan rasa malu.

Anak : Kalau empat?

Luqman : Agama, harta, rasa malu dan budi pekerti mulia.

Anak : Kalau lima?

Luqman : Agama, harta, rasa malu, budi pekerti mulia dan pemurah.

Anak : Bagaiman kalau enam?

Luqman : Wahai anakku, kalau lima perangai itu terkumpul dalam diri seorang muslim, maka dialah orang suci, terpelihara, dilindungi ALLAH serta terlepas daripada hasutan Syaitan.

Mengenai tingkahlaku manusia, ahli sufi Wahab Munabbih berkata, orang yang buruk perangai dan budi pekerti, umpama tembikar pecah yang tidak boleh ditampal dan tidak dapat dijadikan tanah liat semula. Sementara itu, Ibnu Abbas pula berkata, ”Setiap bangunan mempunyai dasar dan dasar Islam ialah budi pekerti mulia”.

Categories: tazkirah

Dadah Membawa Maut

April 13, 2010 Tinggalkan komen

Categories: info

Al – Fatihah ….

April 9, 2010 Tinggalkan komen

Salam Takziah di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga En Ismail b Hamid ( Pengurus Felda Tenggaroh 1) di atas kembalinya ke rahmatullah puteri sulung beliau tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di dalam golongan orang – orang yang beriman. InsyaAllah …. AMIN. Kami di sini mendoakan agar beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan dari yang ESA… Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati , oleh itu kita yang masih hidup ini haruslah terus berjuang untuk mencari tempat yang istimewa di akhirat nanti disamping mengerjakan perkara-perkara duniawi , janganlah kita alpa dan lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH.

Categories: tazkirah
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.